|
Articles Kaedah Fonetik Bantu Anak Membaca Bahasa Melayu dan Inggeris Kaedah Fonetik Bantu Anak Membaca Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Bersama Othman Ahamad Penulis Siri Cepat Membaca Bacalah Anakku dan ReadEasy (Rencana dari ruangan Permata Hatiku, Majalah Mingguan Wanita, Ogos 2003)
"Siti
baru sahaja berusia 5 tahun. Namun, dia bukan sahaja telah dapat
membaca dengan lancar dalam bahasa Melayu bahkan sudah pandai menulis
ayat-ayat pendek dengan baik. Suatu hari, ibunya membawa pulang siri
cepat membaca bahasa Inggeris ReadEasy untuknya. Siti terus mengambil
buku tersebut dan mula membelek-belek buku tersebut dan mencuba
membacanya. Terkejut ibunya apabila melihat Siti dengan mudah membaca
buku tersebut. Walaupun sebutan bunyi 'a' dalam bahasa Inggeris tidak
tepat, tetapi setelah dibetulkan Siti dapat membaca ayat-ayat bahasa
Inggeris dengan baik. Tersenyum ibunya kepuasan. Teringat dia kepada
kawannya yang telah memperkenalkan kaedah fonetik Bacalah Anakku tiga
bulan yang lalu..." Memang
begitulah hakikatnya bagi kanak-kanak yang telah diajar membaca
menggunakan kaedah fonetik, iaitu membaca dengan menyebut dan
menggabungkan bunyi-bunyi huruf, bukan sahaja dapat membaca dalam
bahasa Malaysia tetapi juga dapat membaca dalam bahasa Inggeris. Sebaliknya,
kanak-kanak yang diajar membaca berdasarkan kaedah mengeja, terutamanya
di sekolah-sekolah, atau berdasarkan kaedah suku kata , biasanya di
tadika-tadika, mereka tidak dapat membaca dalam bahasa Inggeris
langsung. Walaupun menggunakan huruf-huruf roman yang sama, mereka
tidak dapat menggunakan kemahiran membaca dalam bahasa Melayu untuk
membaca dalam bahasa Inggeris hanya kerana kaedah mengeja atau suku
kata tidak serasi langsung untuk bahasa Inggeris. Apa yang dapat
dilihat di sekolah-sekolah, mereka terpaksa menghafal-hafal perkataan
Inggeris dari segi ejaan dan sebutannya. Banyak manalah yang mampu
dihafal oleh anak-anak kita apatah lagi untuk mengingat maksudnya pula?
Oleh itu ibu bapa yang
bijak, seperti ibu Siti, telah memilih menggunakan Bacalah Anakku dan
ReadEasy yang disusun menggunakan kaedah fonetik. Kata pepatah, bijak
dahulu bijak sekarang. Hal ini demikian kerana melalui kaedah fonetik
yang menekankan penguasaan bunyi-bunyi huruf, kanak-kanak dapat
menguasai dua bahasa - iaitu bahasa Melayu dan Inggeris. Mengapakah
begitu? Mudah sahaja. Terdapat 21 bunyi yang diwakili oleh huruf-huruf
tertentu dalam bahasa pertuturan adalah sama dalam bahasa Inggeris dan
bahasa Melayu! Sebagai contoh, kanak-kanak yang membaca perkataan
'selipar' dalam bahasa Melayu dengan mudah dapat membaca perkataan
'slip' dalam bahasa Inggeris kerana bunyi bagi huruf 's' 'l' 'i' dan
'p' adalah sama dalam kedua-dua bahasa. Jadi tidak hairanlah jika Siti
terus dapat membaca buku cepat membaca bahasa Inggeris ReadEasy dengan
senang. Ibu bapa hanya perlu memperkenalkan beberapa bunyi asas yang
berbeza dalam kedua-dua bahasa seperti 'a' 'c' 'u' 'o' dan seumpamanya
sahaja. Oleh sebab kaedah membaca perkataan berdasarkan sistem fonetik
hanya memerlukan kanak-kanak menggabung-gabungkan bunyi-bunyi huruf
pada perkataan yang dibacanya. Justeru itu, kanak-kanak yang dapat
menggabung bunyi-bunyi huruf dalam perkataan bahasa Melayu apabila
membaca dengan mudah sahaja dapat membaca perkataan bahasa Inggeris
dengan kaedah yang sama. Dengan
itu, ibu bapa haruslah mengambil peluang ini supaya anak-anak kita
hanya perlu belajar satu kaedah sahaja untuk belajar membaca tetapi
dapat membaca dua bahasa sekaligus, iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.
Elakkanlah daripada menggunakan kaedah mengeja yang telah terbukti
lambat dan mengelirukan atau kaedah suku kata yang membebankan memori
anak-anak kerana kaedah ini tidak akan dapat membantu anak membaca
dalam bahasa Inggeris. Bagi
kanak-kanak yang menggunakan bahasa Melayu di rumah sebagai bahasa
pertama, mengajar membaca dalam bahasa Melayu mengikut kaedah fonetik
haruslah didahulukan. Setelah mereka fasih membaca, ajarlah mereka
membaca dalam bahasa Inggeris pula. Anda akan pasti terpegun dengan
memampuan mereka. Bagi kanak-kanak yang berbahasa Inggeris di rumahnya
sebagai bahasa pertama, mengajar membaca bahasa Inggeris terlebih
dahulu berdasarkan kaedah fonetik mungkin lebih menyenangkan. Tetapi
mereka akan membaca dalam bahasa Melayu dengan mudah nanti. Oleh
itu janganlah dilepaskan peluang ini. Pada usia kanak-kanak 4-5
tahunlah masa yang sesuai untuk diberikan kemahiran membaca.
Dapatkanlah Bacalah Anakku dan ReadEasy sebagai dua siri yang paling
serasi untuk belajar membaca kedua-dua bahasa.
Back to Articles |